Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan akui tidak pernah melakukan suntukan botox pada wajahnya.

Menurut laporan Pinkvilla, meskipun usia Shah Rukh Khan sudah berusia 51 tahun, namun wajahnya masih tampan seperti 30 tahun lalu.

"Saya seorang bintang filem dan itu mungkin antara sebab saya harus menjaga penampilan supaya nampak lebih kemas serta bersih.

"Walaupun usia saya kini 51 tahun namun sampai saat ini saya belum pernah melakukan suntikan botox.

"Orang ramai mungkin melihat saya nampak muda disebabkan watak-watak yang dibawakan oleh saya didalam filem.

"Saya tiada apa rahsia untuk kelihatan muda namun apa yang penting adalah untuk menjaga pemakanan serta melakukan senaman untuk kekal bertenaga," katanya.

Shah Rukh Khan juga menegaskan bahwa dia tidak pernah melakukan suntik botox agar wajahnya tidak berkerut.