Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal telah berjanji sesuatu kepada ibunya sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini.

Menerusi sebuah muat naik di akaun Instagram (IG), Zarina Zainuddin telah berkongsi sebuah video ucapan yang dilakukan oleh anaknya.

"Lain kali saya tidak marah dan tidak pukul ibu lagi. Saya betul-betul sayangkan ibu," kata Azal.

Ternyata video tersebut mendapat kata-kata pujian daripada peminat Zarina dan mereka menggangap bahawa Azal merupakan seorang anak yang baik.

"Ya Allah terharunya dan tersentuh hati menengok video ini. Azal sememangnya anak yang baik dan soleh. Semoga kakak Zarina Zainuddin dan anak-anak dalam jagaan dan lindungan dari Allah, Aamiin," kata peminat menerusi ruangan komen.

Untuk pengetahuan, Azal merupakan seorang anak istimewa yang menghidapi penyakit Autis.

Penyakit Autis atau Autisme akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja.

Kanak-kanak autisme akan mengalami masalah seperti proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Selain itu, kanak-kanak yang mengalami sindrom ini juga akan menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Janji azal pada ibu Jangan lupa tengok MHI pada pagi Isnin ni di @tv3malaysia #selamathariibu

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi