Pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof secara rasmi telah membuka akaun rasmi Instagram (IG) anaknya, Syaikhul Islam.

Menerusi sebuah muat naik di akaun IG miliknya, Syamsul berkata, keputusan untuk membuka IG Syaikhul dibuat kerana, banyak akaun palsu menggunakan nama anaknya itu muncul sejak akhir-akhir ini.

"Sebenarnya niat ayah tidak mahu buka IG untuk anak tapi terpaksa juga sebab banyak fake account yang muncul. So demi Syaikhul Islam ayah buatkan yang official @syaikhulislam2017.

"Mudah-mudahan IG ini dipenuhi dengan perkongsian kebaikan dan dirahmati.

Selepas empat hari dibuka akaun tersebut kini mempunyai 17 ribu pengikut dan enam keping gambar Syaikhul Islam telah dimuatnaik setakat ini.

Kebanyakan entri dihujani dengan komen yang memuji kecomelan Syaikhul.

Pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 19 April lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi