Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi mengajak semua rakyat Malaysia untuk menonton siaran Astro percuma dengan hanya memuat turun aplikasi NJOI Now.

Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil berkata, dengan NJOI now semua termasuk bukan pelanggan Astro juga boleh menikmati program hiburan di saluran tersebut.

Sebagai duta NJOI, Pak Nil senaraikan lima sebab mengapa NJOI Now perlu ada di dalam telefon bimbit anda:

1. Percuma
"Ia hanya percuma sahaja untuk semua rakyat Malaysia. Dengan NJOI Now pengguna boleh akses kepada kandungan hiburan on demand termasuk box set, siaran langsung program sukan, dan berita terkini"

2. Mudah dimuat turun
"Dah lah percuma, mudah pula untuk dimuat turun. Hanya ke Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar dan muat turun aplikasi NJOI Now"



3. Pak Nil ada dalam NJOI Now
"Bila dah muat turun nanti, boleh lah tonton program Pak Nil di Astro Prima akan datang program Ring Ring Ringgit dan juga program Go Paknil yang bersiaran di saluran Go Shop"

4. Rancangan ditawarkan hampir semua platform Astro.
" NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, akses percuma kepada liga bola sepak di Astro Supersport1.
"Pelanggan juga boleh menonton program-program secara langsung di beberapa saluran lain seperti Astro Awani Astro Tutor TV, Astro Oasis, Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil"

5. Boleh tonton di mana-mana sahaja
"Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan boleh terus menonton kandungan tempatan dan antarabangsa terbaik di telefon bimbit serta secara atas talian di mana-mana sahaja mereka berada"

Teks oleh: Syafiqah Jalal