Konsert kumpulan K-pop terkenal, BTS bakal berlangsung di Hong Kong selama dua hari bermula Sabtu ini.

Sudah pasti berita tersebut cukup mengujakan peminat di Malaysia yang mempunyai keinginan untuk merasai kehebatan konsert di luar negara.

Namun kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Hong Kong pasti mengalami kesukaran mencari tempat makanan halal untuk mengisi perut sebelum ke konsert.

Perkara itu juga turut diluahkan oleh peminat BTS di Malaysia melalui laman sosial Twitter yang meminta cadangan lokasi makanan halal di negara tersebut.








Jangan risau, di sini Astro Gempak senaraikan beberapa tempat makanan yang gerenti best untuk peminat BTS yang bakal ke sana nanti.

Tak percaya? Jom lihat video di bawah:

Konsert The Wings Tour 2017 BTS Live Trilogy Episod III akan berlangsung di AsiaWorld - Expo Arena, Hong Kong pada Sabtu dan Ahad ini.



Teks oleh: Mya Amri