Single 'Kekasih Bayangan' Merupakan Pengalaman Sebenar Saya - Cakra Khan

12 Mei 2017. 2.34 PM
2,276
Hiburan
Single 'Kekasih Bayangan' Merupakan Pengalaman Sebenar Saya - Cakra Khan
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui single berjudul Kekasih Bayangan merupakan pengalaman dirinya.

Menurut Cakra, single tersebut merupakan luahan yang ingin disampaikan menerusi lagu kepada seorang wanita yang disukainya.

"Single ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana lagu itu mempunyai persamaan dengan rasa hati saya.

"Lirik tersebut juga menceritakan tentang pengalaman yang pernah dilalui oleh saya baru-baru ini mengenai perasaan cinta tidak kesampaian.

"Sekurang-kurangnya saya tahu orang yang dimaksudkan itu mendengar apa yang saya rasakan ini.

"Bila saya sering menyanyi lagu itu, sekurang-kurangnya beban dan rasa kecewa dalam diri saya berkurangan kepadanya," katanya kepada Astro Gempak.

Cakra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Nova 2017 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.

Konsert Nova 2017 bakal menampilkan penyanyi Judika, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter dan Syahrini yang akan diadakan pada 5 Ogos depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert ini merupakan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan antara Malaysia dengan Indonesia.

Untuk maklumat lanjut melalui konsert boleh melayari laman web www.konsertnova.com atau mengikuti media sosial Konsert Nova di Facebook dan Instagram.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen