Pelakon, Wawa Zainal akui tidak sukar untuk menari tarian Bollywood ketika merakamkan video promosi jenama pakaiannya di Kashmir, India baru-baru ini.

Wawa berkata disebabkan terlalu menonton filem-filem Bollywood sejak kecil membuatkan dirinya telah menghafal setiap langkah tarian lagu-lagu tersebut.

"Bercerita mengenai Bollywood kalau nak tahu sebenarnya Aeril tidak berapa suka genre begini.

"Kalau dulu bila dengar saya pasang lagu Hindustan dia pasti tak suka.

"Tapi itulah, mungkin kerana terlalu kerap dengar lagu-lagu Bollywood, lama-lama dia dah terbiasa.

"Sekarang ini boleh dikatakan dia pun terjebak sama, jadi dia ikutkan sahajalah.

"Macam saya sejak dari kecil lagi dah dibesarkan dengan lagu-lagu begitu kerana ayah saya memang peminat Bollywood.

"Filem Bollywood mana yang saya tak tengok, semuanya diulang banyak kali.

"Macam langkah tarian itu, bagi saya memang tidak susah sebab dah hafal semua tarian.

"Nak buat macam mana, kalau dah minat begitulah gayanya," katanya ketawa.

Wawa dan Aeril ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi terbaharu mereka iaitu Wawa Zainal, 5 Waktu dan Wawa Zainal X ShawlPublika bertempat di Royale Chulan, Damansara pada Selasa.

Wawa dan suaminya, aktor Aeril Zafrel merakamkan klip video lagu Bollywood berjudul Ladki Badi Anjani Hai yang merupakan lagu runut bunyi filem popular Kuch Kuch Hota Hai.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram peribadi Aeril, klip video lagu berkenaan yang dimuat naik dua hari lalu kini mencecah lebih 150 ribu tontonan.

Semuanya ada 5 PART. Jom kita tengok part by part . PART 1 : Kali ni @w4w4_zainal plak bawak aeril g kashmir buat video hindustan... . Baju by @limawaktuhq & @wawazainalrtw Tudung @secretbywawazainal . . Video plak sudah semestinya dari @cstproduction . Jangan lupa follow ig mereka ??. Kalau korang suka,next time kami buat lagi??? . TAG & SHARE kt kekawan #wawaeril

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Semuanya ada 5 PART. Jom kita tengok part by part . PART 2 : Kali ni @w4w4_zainal plak bawak aeril g kashmir buat video hindustan... Baju by @limawaktuhq & @wawazainalrtw Tudung @secretbywawazainal . Video plak sudah semestinya dari @cstproduction Jangan lupa follow ig mereka ??. Kalau korang suka,next time kami buat lagi??? . TAG & SHARE kt kekawan #wawaeril

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Semuanya ada 5 PART. Jom kita tengok part by part . PART 3 : Kali ni @w4w4_zainal plak bawak aeril g kashmir buat video hindustan... . Baju by @limawaktuhq & @wawazainalrtw Tudung @secretbywawazainal . . Video plak sudah semestinya dari @cstproduction . Jangan lupa follow ig mereka ??. Kalau korang suka,next time kami buat lagi??? . TAG & SHARE kt kekawan #wawaeril

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Semuanya ada 5 PART. Jom kita tengok part by part . PART 4 : Kali ni @w4w4_zainal plak bawak aeril g kashmir buat video hindustan... . Baju by @limawaktuhq & @wawazainalrtw Tudung @secretbywawazainal . . Video plak sudah semestinya dari @cstproduction . Jangan lupa follow ig mereka ??. Kalau korang suka,next time kami buat lagi??? . TAG & SHARE kt kekawan #wawaeril

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Teks oleh Mya Amri