Selepas hampir seminggu insiden pergaduhan di Surau Austin Perdana, Johor, berlalu, pemandu kereta yang dipukul jemaah tampil memohon maaf.

Toh Chai Eun, 28, dan abangnya, Toh Chai Chung, 30, hadir ke Pejabat Agama Islam negeri Johor untuk membuat permohonan maaf tersebut.

Yang turut hadir pada perjumpaan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut serta ahli jawatankuasa surau berkenaan.

Dalam kejadian selepas solat Jumaat minggu lalu, beberapa jemaah memukul Chai Eun kerana membunyikan hon semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan disebabkan kenderaan Chai Eun terhalang oleh kereta jemaah sebelum video kejadian berkenaan menjadi tular dalam media sosial

Sumber: Utusan Online