Empat penjenayah ditembak mati selepas melakukan samun di Seksyen 10, Wangsa Maju berhampiran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Mereka yang dipercayai ahli 'geng Civic' itu ditembak anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas menyamun seorang mangsa.

Menurut wakil PDRM, mangsa telah diserang oleh suspek sebaik sahaja mengeluarkan wang dari bank dan mempunyai urusan di kawasan tersebut.

”Mangsa kejadian ini telah mengeluarkan duit sebanyak RM40,000.

”Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta sekitar jam12.35 tengah hari, dua penyamun yang bersenjatakan parang telah mendatangi mangsa.

”Sekumpulan polis yang berada di kawasan telah cuba menghentikan suspek tetapi mereka telah melepaskan beberapa das tembakan.

”Namun pihak polis kemudian berjaya menumpaskan keempat-empat suspek dan wang tersebut berjaya diselamatkan,” jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa.

Mangsa kejadian samun tersebut dilaporkan selamat dan hanya mengalami kederaan ringan.


Sumber : Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan