Astro Angkat Tema Kosong-Kosong Dari Hati

10 Mei 2017. 4.17 PM
2,434
Hiburan
Astro Angkat Tema Kosong-Kosong Dari Hati
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tahun ini, Astro meneruskan tradisi untuk menggalakkan budaya kemaafan pada diri sendiri dan juga dari orang tersayang. 
 
Mengangkat tema ‘Kosong-Kosong Dari Hati’, Astro berharap dapat membangkitkan perasaan akan pentingnya keikhlasan dalam setiap perbuatan, tutur kata dan perilaku.
 
Bersandarkan kepada nilai-nilai murni ini, Astro menerusi platformnya yang sedia ada; digital, televisyen, radio dan aktiviti on ground bertindak sebagai tunjang dalam menggerakkan kempen ‘Kosong-Kosong Dari Hati’.
 
‘Kosong-Kosong Dari Hati’ bukan sekadar mesej sahaja, malah elemen ini turut disuntik dalam program-program baru yang ditampilkan di platform Astro sepanjang bulan Ramadan ini yang mana semuanya boleh turut didapati di Astro Go dan On Demand, yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan mengikut kepada kelapangan penonton.
 
Apa yang lebih Istimewa lagi, sempena dengan tema ‘Kosong-Kosong Dari Hati’ Astro turut melaksanakan aktiviti kemasyarakatan menerusi kempen ‘Projek #DariHati’. 
 
Inisiatif ini akan menyaksikan sukarelawan yang terdiri dari anggota Astro berganding bahu bersama komuniti setempat dalam menawarkan sumbangan berbentuk baju raya baru atau terpakai kepada pihak yang memerlukan.
 
Sumbanhan ini akan diagihkan kepada sembilan buah rumah kebajikan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh Malaysia.
 
“Kami ingin mengajak masyarakat untuk turut sama menjayakan usaha murni yang akan dijalankan selama tiga minggu bermula 22 Mei sehingga 9 Jun ini dengan menyumbangkan seberapa banyak baju raya baru atau terpakai mereka yang masih dalam kondisi baik.
 
"Sumbangan boleh disalurkan di tujuh pusat pengumpulan terpilih iaitu di Pusat Khidmat Pelanggan Astro yang terletak di Jalan Burmah (Pulau Pinang), Seberang Prai, Damansara Utama, Ipoh, Cheras, Seremban dan Johor Bahru.
 
"Semua sumbangan yang diterima akan ditapis terlebih dahulu sebelum diagihkan demi memastikan hanya baju yang masih lagi dalam keadaan terbaik sahaja disumbangkan kepada penghuni-penghuni rumah kebajikan yang dipilih," kata Raja Jastina Raja Arshad selaku Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak.
 
Astro Gempak, portal hiburan Melayu paling popular di Malaysia yang menyasarkan golongan ‘Malaynnials’ (remaja berumur 18 – 34 tahun) ini berjaya meraih lebih dari 420 juta tontonan digital setahun dengan kadar purata 2.1 juta pengunjung setiap bulan.
 
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan ini, Astro Gempak bakal menawarkan program-program baru berjudul ‘Gemacoustic’, ‘Lawak & Charades Halal’ dan ‘Cer Puasa’.
 
Pengunjung Astro Gempak juga boleh menikmati throwback drama dan telemovie terbaik seperti ‘Cinta Paling Agung’, ‘Suri Hati Mr Pilot’, ‘Isteri Separuh Masa’, ‘Awak Sangat Nakal’ dan rancangan realiti terkini seperti ‘Little Princess Aaisyah’.
 
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh melayari www.kosongkosong.com.my.
 
 

Artikel Berkaitan


Komen