Bukan semua daripada kita bertuah dilahirkan dalam keluarga serba cukup.
Namun, situasi yang terjadi baru-baru ini ketika seorang pemuda dihina apabila membawa ibunya menaiki motor buruk untuk ke sebuah supermarket benar-benar menyentuh perasaan.
Bermula dengan ketidak puasan hati seorang gadis yang dikenali sebagai Sarah Coco apabila terlanggar troli yang dibawa oleh seorang pemuda yang datang bersama ibunya untuk membeli-belah di sebuah pasaraya.
Sarah Coco bertindak menulis rasa tidak puas hati itu di akaun WeChat miliknya menghina pemuda itu yang gagal memberikan kemewahan kepada ibunya.
Tulisnya: "Ini aku nak beritahu sikit, kalau tak ada kereta tu, buat cara tak ada kereta, tak payah nak eksyen sangat belanja di supermarket bawa troli, ambil barang macam datang bawa van. Padahal bawa motosikal saja.
"Kemudian bila nak balik, sumbat barang dalam beg galas penuh, di bakul sumbat penuh dan bonceng di belakang macam beruk. Buat malu orang yang datang supermarket saja bawa motosikal buruk. Belanja acah-acah berkereta.
"Aku rasa perempuan itu mak dia agaknya sebab perempuan itu nampak tua. Kesiannya mak dia dapat anak tak berguna dan tak mampu bawa dia pergi belanja naik kereta. Hahaha! Ops!"
Bagaimanapun, pemuda yang dikenali sebagai Mohd Nashiruddin Mokhtar terbaca tulisan Sarah Coco setelah ditularkan oleh netizen lantas membalas kenyataan itu di Facebook dengan ayat yang mencengkam jiwa.
"Kepada Sarah Coco atau sesiapa yang mengenali Sarah Coco itu, tolong sampaikan apa yang saya nak pesan. Berkenaan post dia di WeChat, saya tahu dia maksudkan saya sebab tadi di shop mall, kami ada berselisih faham terlanggar troli saja ceritanya.
"Saya masih cam lagi muka dia tetapi tidak sangka sampai dia buat pos begitu. Memang itu ibu saya, orang yang saya paling sayang dan awak dah silap.
"Ibu saya tak pernah pun rasa menyesal dan tak pernah pun anggap saya anak tak guna kerana tidak mampu berikan dia kemudahan.
"Memang saya orang miskin, tak mampu untuk beli kereta dan saya kerja seabgai pengawal keselamatan sahaja. Tetapi Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Masih mampu untuk meneruskan kehidupan. Masih mampu menunaikan hajat ibu untuk ke Mekah.
"Biar diri terasa susah asal dapat penuhi impiannya. Tak apa Sarah Coco, saya maafkan awak. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Kami sudah biasa dihina dan dikeji tetapi kami tetap kena kuat kerana ini diri kami dan ini hidup kami."
Jiwa besar yang dimiliki Nashiruddin dipuji rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kisah mereka.
Roda itu bulat, begitu juga nasib manusia. Janganlah kita menghina orang lain sampai lupa putaran roda itu.
Kami di Astro Gempak menyeru anda untuk sentiasa menghargai individu di sekeliling terutama ibu anda. Sebarkan kata-kata indah!
Selamat hari ibu.
Teks oleh: Amri Hassan
Syafiqah Jalal
Wed May 10 2017
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!
Ada sebab nama Sarah Yasmine dikaitkan dengan Meerqeen.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.