Pelakon Vincent Ryan mengakui lebih terdorong untuk menjadi ahli muzik berbanding dirinya berbanding pengacara.

Menurut Vincent, perjalanan hidupnya berubah apabila ditawarkan untuk menjadi seorang pengacara sebuah rancangan di Indonesia.

"Pada mulanya saya merupakan seorang pemain muzik awal tahun 80an namun rezeki tidak menyebelahi apabila kumpulan tersebut kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

"Selepas itu saya mendapat tawaran daripada produksi untuk menjadi pengacara sebuah rancangan dan ternyata ia mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton.

"Mungkin rezeki sudah terlulis begitu dan saya menerima dengan hati yang terbuka meskipun keinginan menjadi pemain muzik masih ada dalam diri ini.

"Jadi fokus saya sekarang ini adalah untuk menghiburkan orang dengan gaya pengacaraan saya yang santai dan penuh pengisian," katanya kepada Astro Gempak.

Vincent berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman program Tonight Show di Studio Mitra, Jakarta, baru-baru ini.

Bercerita mengenai program Tonight Show, Vincent berkata dia teruja apabila rancangan tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat di Indonesia.

"Ternyata apa yang saya lakukan ini mendapat sambutan dan gandingan saya bersama Desta serta Hesty Purwadinata menjadi perhatian di Indonesia.

"Kami membawa rancangan ini lebih dekat dengan penonton melalui permainan yang dilakukan untuk menghidupkan program tersebut,"ujarnya.

Rancangan ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 11.00 malam di saluran Pelangi 142.

Untuk penonton di Malaysia yang ingin menyaksikan rancangan Tonight Show boleh melanggan Indo Pek (Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142) dengan hanya RM12.00 sebulan.

Penonton juga akan dihidangkan dengan hiburan tanpa henti seperti filem, sinetron, video muzik dan gosip terkini dari Indonesia.

Untuk melanggan Indo Pek Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 sila ke saluran 200 di Astro.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi