Menonton aksi sekumpulan Pikachu menari dalam kostum bersaiz manusia memang menggeletek hati.

Namun, tambah lucu apabila Pikachu mengempis dan sudah tidak comel lagi.

Insiden itu berlaku di festival Pokemon di Korea Selatan hujung minggu lepas dan ia berjaya dirakamkan dalam sepotong video yang sudah viral di Internet.

Tidak terhenti di situ, aksi sekumpulan pengawal keselamatan yang menggelabah demi menyelamatkan Pikachu yang sedang mengempis lebih mencuit hati sebenarnya.

Perbezaan salah satu Pikachu itu tidak disedari penonton sehingga pengawal keselamatan datang mengheretnya ke tepi pentas.

Bagaimanapun, persembahan kumpulan Pikachu itu masih diteruskan hingga tamat.

Jom layan video mencuit hati itu.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: USA Today