Lindungi diri dan orang tersayang dengan langkah-langkah ini.

Ramai yang mengabaikan simptom denggi dan menganggapnya sebagai demam biasa. Hakikatnya denggi bukanlah demam biasa tetapi jika dibiarkan boleh membawa maut.

Demam denggi disebabkan jangkitan virus yang disebar melalui gigitan nyamuk aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Setiap orang boleh dijangkiti demam yang turut dikenali sebagai breakbone fever ini terutama mereka yang tinggal di kawasan tropika dan berhampiran kawasan pembinaan.

Denggi tidak mengenal taraf, golongan artis atau kenamaan juga tidak terkecuali. Antara artis tempatan yang pernah dijangkiti demam ini termasuklah:

Syamsul Yusuf

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


Kredit: Instagram @syamsulyusoffilm


Pengarah yang cukup terkenal dengan buah tangan pecah panggung ini pernah terlantar di sebuah pusat perubatan terkenal pada Mac 2014. Malah, acara akad nikahnya bersama Puteri Sarah dilakukan ketika Syamsul belum pulih sepenuhnya daripada penyakit ini. Antara simptom denggi yang dialami pengarah filem Munafik dan KL Gangster termasuklah sakit kepala dan demam teruk melebihi tiga hari.

Shaheizy Sam

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Kredit: Instagram @shaheizy_sam


Begitu juga dengan pelakon hebat Shaheizy Sam yang turut mengalami demam berpanjangan selain hilang selera makan dan minum.

Rita Rudiani

A post shared by @ritrud727 on


Kredit: Instagram @ritrud727

Pelakon terkenal, Rita Rudaini disahkan dijangkiti demam denggi pada April tahun lalu selepas mengadu demam dan menggigil satu badan.

Apa yang dialami oleh selebriti-selebriti ini adalah tanda biasa demam denggi. Jangan abaikan tanda-tanda ini kerana anda mungkin terkena demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah inilah yang meragut nyawa pelawak tempatan Din Beramboi pada April 2010 yang lalu.

Demam denggi berdarah merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi. Simptomnya sama dengan demam denggi biasa cuma lebih berbahaya kerana berlaku radang di salur darah iaitu berlaku kebocoran saluran darah sehingga mengurangkan isipadu darah dan menyebabkan muntah, pitam serta sakit di bahagian abdomen. Dalam kes lebih teruk, boleh berlaku renjatan (shock) dan menyebabkan kematian.

Adakah anda mengalami tanda-tanda ini?Jika YA, segeralah berjumpa doktor, rehat dan banyakkan minum air kerana anda mungkin mengalami demam denggi.

Lindungi diri dan keluarga daripada gigitan nyamuk aedes dengan menggunakan repelen, dan pakai pakaian berlengan panjang serta seluar panjang yang berwarna cerah. Jika perlu gunakan kelambu semasa tidur dan pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu kediaman.

Hapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah seperti bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya baldi, tayar lama, pasu, bekas plastik dan tong serta bekas makanan haiwan peliharaan. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

Anda boleh hubungi Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit di www.dph.gov.my atau telefon 03-8883 3888. Layari laman web MyHealth untuk maklumat lanjut tentang penyakit ini.



Sementara itu uji pengetahuan anda tentang ilmu kesihatan dengan menjawab kuiz di MyHealth. Anda bukan sahaja boleh menambah lebih banyak info kesihatan, tetapi membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan!