Penyanyi Rap Korea, DinDin akui masih sayangkan anggota kumpulan Red Velvet, Irene.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh DinDin menerusi rancangan radio dalam segmen Park Myung Soo Radio Show baru-baru ini.

Kemunculan DinDin pada segmen berkenaan hanyalah sebagai tetamu jemputan.

Bagaimanapun rasa sayangnya terhadap Irene itu bukanlah sebagai kekasih sebaliknya lebih kepada peminat.

"Hati saya masih belum berubah. Saya pernah bertemu Irene sebanyak dua kali itu pun kerana sebuah program.

"Walaupun hanya dua kali tetapi hanya saya sahaja yang fikir hubungan kami rapat," katanya ketawa.

Sumber: Soompi