Hub pengedar koleksi pakaian siap Prima Valet bakal menghimpunkan busana rekaan selebriti dan instafamous di bawah satu bumbung.

Antara selebriti yang terbabit ialah Amy Search (Amy Search by Elrah Exclusive), Shaheizy Sam (Shaheizy Sam X Elrah Exclusive), Michael Ang (Michael Ang X Elrah Exclusive) dan Fattah Amin (Far8 by Atelia Amani X Elrah Exclusive by Fattah Amin).

Menurut Pengarah Urusan Prima Valet, Hilmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai El Azman, sebagai permulaan Prima Valet akan membuka empat buah kedai untuk memulakan operasi koleksi ready-to-wear raya.

"Mereka dihimpunkan di bawah projek Star Lebaran 2017 untuk memperkenalkan koleksi raya hasil rekaan selebriti popular tanah air.

"Pemilihan selebriti ini juga berdasarkan populariti dan pengaruh mereka dalam industri seni dan fesyen semasa.

"Menariknya, harga pakaian yang dijual juga sangat berpatutan iaitu RM250 dan ke bawah sahaja. Jadi, koleksi yang disediakan memang mampu milik," ujarnya yang ditemui selepas pertunjukan fesyen Star Lebaran 2017 di Quill City Mall baru-baru ini.



Pengunjung boleh mendapatkan seleksi busana seperti jubah, kurung moden, peplum, abaya, palazzo, blaus, kurta, kemeja dan baju Melayu pelbagai warna dan corak.

Butik vendor Prima Valet akan memulakan operasi pada 5 Mei (hari ini) di Bangi Ostia, Selangor.





Teks oleh: Amri Hassan