Mesti ada antara kita yang gemar gunakan ayat pick up line untuk menawan hati yang tersayang.

Namun, ada juga yang lebih cenderung menggunakan ayat serius untuk membuktikan kasih sayang kepada insan istimewa itu bukan cinta biasa.

Ada juga masanya kita terpaksa gunakan ayat paling 'makan dalam' demi menolak cinta seseorang bukan?

Jadi, kami kongsikan lima ayat cinta 'makan dalam' yang sempat kami petik daripada filem Cinta Paling Agung lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha suatu masa dulu:

1. “Keutamaan seorang perempuan adalah solat di rumah. Ketika dia solat di masjid, dia bukan perempuan biasa.”

2. “Wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala lelaki. Kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki. Dan kenapa bukan dari tulang kaki? Kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki.”

3. “Saya jatuh cinta pada ilmu, iman dan juga peribadinya.”

4. “Bapa ngak mahu kamu itu menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid, apa jawapanmu nanti ditanya di akhirat?”

5. "Cakap mengalahkan wali Allah, tapi hati perut dan perangai kau sebenarnya wali iblis!"

Jadi, ayat mana yang anda rasa paling terkesan dan makan dalam?

Anda masih boleh menonton filem Cinta Paling Agung lakonan hebat Aaron Aziz dan Siti Saleha secara online di laman rasmi Astro Gempak.


SINOPSIS

Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Teks oleh: Amri Hassan