Kumpulan penyanyi rock popular Indonesia, Nidji bakal muncul dalam konsert 'Joox Live Bersama Nidji' di Kilang Bateri, Johor Bahru pada 11 Mei ini.

Konsert yang bakal bermula jam 9 malam ini juga merupakan penamat bagi siri jelajah sekitar Malaysia yang bermula daripada 7 Mei 2017.

Dalam perkembangan lain, Nidgi yang dianggotai oleh Giring, Rama, Andro, Ariel, Randy dan Adri telah muncul dengan sebuah album terbaru berjudul Love, Fake & Friendship.

Album yang merangkumi 12 judul lagu ini turut memuatkan single pertama mereka iaitu “Bila Bersamamu” dan “Hancur Aku” yang dipopularkan oleh kumpulan Estranged.

Bagi peminat yang ingin membeli tiket konsert tersebut, sila layari jooxlivenidji.peatix.com atau boleh dibeli di mana-mana cawangan CD RAMA terpilih seperti di Sunway Putra Mall, Johor Bahru City Square, dan AEON Bukit Indah.

Selain itu, tiket yang dijual dengan harga RM80 ini juga boleh dibeli terus di Bateri Merchandise Store (Red Contena) di Kilang Bateri dan 200 pembeli pertama akan mendapat album Love, Fake & Friendship secara percuma.

Teks oleh : Izzat Ridzwan