Satu kajian terbaru dilakukan di Britain mendapati nama Muhammad adalah pilihan paling popular di negara itu.

Ia membuktikan bahawa pengaruh nama Arab telah berkembang dan tersebar luas hingga ke negara tersebut.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Character Cottages di setiap bandar di Britain, hasil kajian mendapati nama lain yang menjadi kegemaran seperti Emily, Sophie, Jack, dan Oliver masih lagi menjadi pilihan mereka pada tahun ini.

Namun, nama Muhammad untuk bayi lelaki menjadi pilihan paling tinggi London dan berada di tangga kedua secara keseluruhan di seluruh negara.

Sementara itu, pemilihan nama Amelia menjadikannya paling popular di kebanyakan bandar utama dengan menunjukkan 26 buah bandar termasuk Birmingham, Leeds dan Manchester.

Nama Jerman seperti Harry, Henry dan Charlie sekali lagi menjadi pilihan di hampir keseluruhan bandar di Britain.

Di Scotland, nama Jack dan Olivia merupakan paling popular manakala nama Osian pula menjadi pilihan kebanyakan masyarakat di Wales.


Berikut kami kongsikan senarai 10 nama paling popular di Britain:

Bayi Lelaki:

1. Oliver

2. Muhammad

3. Noah

4. Harry

5. Jack

6. Charlie

7. Jacob

8. George

9. Ethan

10. Henry


Bayi Perempuan:

1. Olivia

2. Lily

3. Sophia

4. Emily

5. Amelia

6. Ava

7. Isla

8. Isabella

9. Isabelle

10. Sophie

Sumber : MStar