Sebelum bercuti atau mengembara di suatu tempat, membuat keputusan dan memilih destinasi yang ingin di kunjungi adalah perkara yang paling sukar untuk diputuskan.

Namun tahukah anda, terdapat tempat-tempat yang telah disenaraikan sebagai destinasi yang bahaya untuk dikunjungi.

Hal ini juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan, budaya dan masyarakat setempat kawasan tersebut.

Berikut kami senaraikan tiga tempat percutian yang tidak patut anda kunjungi sekiranya ingin bercuti bersama keluarga:



1. Caracas, Venezuela

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ketika ini, keadaan di Caracas, Venezuela agak huru hara. Hal ini kerana selepas berlakunya pergolakan dalam kerajaan disebabkan penurunan harga minyak, penduduk di kawasan itu dikhabarkan sudah seperti tidak terurus. Antara masalah yang dialami mereka adalah kekurangan bekalan makanan, air, ubatan, tenaga elektrik dan juga barangan lain hingga berlakunya kejadian ganas dan rompakan. Disenaraikan antara bandar yang kerap berlaku jenayah seperti pembunuhan, penculikan, pengedaran dadah dan ancaman wabak penyakit, Caracas yang terletak di Vanezuela ini merupakan salah satu destinasi yang patut anda elakkan untuk dikunjungi.



2. Detroit, Michigan

Detroit merupakan bandar terbesar yang terletak di Michigan. Bandar ini juga dilaporkan memiliki kadar kemiskinan yang paling tinggi di Amerika Syarikat. Selain penduduknya yang mengalami tekanan perasaan pada tahap yang tinggi, kes jenayah di kawasan ini dilaporkan sebanyak 58.51 peratus dalam kalangan 1000 jumlah penduduk. Tahukah anda, kadar perceraian di kawasan ini juga adalah yang paling tinggi.



3. San Pedro Sula, Honduras

Dikenali sebagai bandar paling ganas di dunia, San Pedro Sula memiliki kes statistik kes bunuh yang paling tinggi di dunia. Kadar pembunuhan adalah sebanyak 173 daripada 100 ribu penduduk. Honduras hanya memiliki jumlah penduduk seramai lapan juta orang dan kes bunuh dilaporkan berlaku setiap hari. Pengedaran dadah, pergaduhan kongsi gelap, rusuhan politik dan perebutan tanah adalah antara kes yang kerap berlaku di sana. Menurut salah seorang penduduk di situ, manusia dibunuh setiap hari seperti aktiviti menembak haiwan.

Sumber : Iluminasi.com
Olahan : Izzat Ridzwan