Pepatah Melayu ada menyebut bibir yang cantik punyai bentuk bak delima merekah.

Mungkin itu terjemahan wanita di negara Thailand yang percaya memiliki 'krachap lips' adalah nilai kecantikan terkini di sana.



Krachap lips merupakan bentuk bibir yang menyerupai haiwan seperti lembu dan kerbau.

Wanita di Thailand kini sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk mendapatkan bibir berbentuk tanduk kerbau.

Ekoran permintaan luar biasa sejak lima tahun lepas, ia menimbulkan kerisauan kepada pakar bedah plastik negara itu.

"Ia adalah masalah global! Saya tidak menyalahkan permintaan wanita-wanita untuk kelihatan cantik tetapi saya menyalahkan Internet," kata seorang pakar bedah plastik, Chamnong Chirawichada.

Pembedahan Krachap lips adalah prosedur pemotongan bentuk bibir atas hingga menjadi nipis.

Wanita yang melakukan pembedahan itu menginginkan bibir atas yang nipis dan tidak kelihatan apabila tersenyum.

Anggapan mereka prosedur itu akan menambah baik penampilan mereka dan menjadikan mereka terkenal.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Odditycentral