Penyanyi Nanasheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, telah menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Diploma kelas pertama dalam jurusan Bangunan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak hari ini.

Nanasheme yang popular dengan lagu Hantu atau Buaya itu telah berkongsi kegembiraan di akaun instagramnya pada pukul 5 petang tadi.

Menerusi entri tersebut, penyanyi berusia 22 tahun itu mengucapkan rasa syukur kerana berjaya memperoleh diploma kelas pertama walaupun jadualnya padat dengan aktiviti seni.

“Alhamdulillah. I had the best & tough diploma years & i am thankful to everyone / pihak2 yang memahami tanggungjawab Nana sebagai seorang student & penghibur at the same time.
Grateful to graduate 1st class in Diploma in Building despite my hectic schedule, yes Nana sendiri pun tak sangka ✨ . Today a few of us shed tears, that's how meaningful today was . I wish you're looking down upon me Mummy . This one is mainly for you.”

Ruangan komen entri tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada para peminat dan pengikut Nanasheme.

Penyanyi berusia 22 tahun itu antara 1,545 graduan yang menerima menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing pada konvokesyen yang disempurnakan Pro-Canselor UiTM Datuk Seri Safri Awang Zaidel.