Penyanyi Gwen Stefani dikejarkan ke hospital selepas gegendang telinganya pecah ketika dalam penerbangan pada 25 April lalu.

Juri program "The Voice" itu kini sedang menjalani rawatan di hospiatal Cedars-Sinai.

Gwen sepatutnya dijadualkan membuat penampilan pada sebuah acara Power of Love bertempat di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, pada 27 April lalu namun persembahannya terpaksa dibatalkan lantaran beliau tidak dapat menyanyi.

Penyanyi berusia 47 tahun ini juga tidak dibenarkan doktor untuk menaiki pesawat.

Sementara itu, penganjur acara tersebut mengesahkan kondisi kesihatan kekasih Blake Shelton itu kepada tetamu undangan. Penampilannya telah digantikan oleh penyanyi Jennifer Hudson.

Bagaimanapun selepas beransur pulih, Gwen mengirimkan sebuah video permohonan maafnya.

Sumber: Fox News