Buku tulisan Fattah Amin, #99KataKata Qalif Moden diumumkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017, malam tadi.

Fattah dliaporkan muncul calon tunggal daripada kalangan artis memenangi kategori itu yang dimonopoli penulis profesional.

Penyanyi lagu Wanita Terakhir itu menerusi laman Instagram bersyukur atas kejayan tersebut.

"Alhamdulillah atas kejayaan ini. Sesungguhnya semua yang baik itu datang daripada Allah.

"Kejayaan ini bertitik tolak daripada hasil penjualan buku ini yang laris di pasaran," katanya.

Tambah Fattah lagi, kejayaan dikecapi tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan peminat.

"Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh. Dengan anda semua, hari saya menjadi mudah dan lebih positif untuk saya berdepan segala-galanya.

"Jauh di lubuk hati saya, peminat semua sememangnya #Fattahrians dan anda menakjubkan. Kalian menjadi motivasi yang terus buat saya bertahan dan positif dalam melalui cabaran seni ini," katanya lagi.

Fattah baru-baru ini telah yang melancarkan novel tulisannya berjudul Wanita Terakhir.