Seorang ibu kepada kanak-kanak yang menghidap kanser dan memiliki ketumbuhan pada wajahnya merayu kepada kanak-kanak lain agar tidak takut dan berkawan dengan anaknya.

Koren Jeffcoate, 8, kini mengalami masalah neurofibromatosis di mana ketumbuhan berbentuk bulat akan muncul di badannya dengan jumlah yang banyak.

Koren kini memiliki dua ketumbuhan di dalam otaknya, satu di perutnya, dan satu di mata kanan yang semakin membesar setiap hari.

Ibu kepada Koren, Rhian Backhouse yang bersimpati dengan nasib menimpa anaknya itu merayu agak kanak-kanak lain tidak takut dengan wajah Koren dan sudi untuk berkawan dengannya.

Ramai kanak-kanak lain hanya melihat dari jauh wajah Koren dan mereka tidak faham apa yang dialaminnya.

”Dia cuma ingin rakan-rakannya menegur dan cukup sekadar berkata ’Hai’ kepadanya. Tetapi mereka takut untuk mendekati Koren kerana wajahnya,” kata Rhian yang berharap agar orang ramai melayan Koren seperti kanak-kanak lain.

Menurut Rhian, ketumbuhan di mata Koren mula dikesan sejak dia berussia tiga tahun.

Pada awalnya, doktor menyangka ianya hanya ketumbuhan biasa yang mengandungi cecair, tetapi ia semakin membesar.

Pada tahun 2016, Koren disahkan menghidap kanser dan keluarganya turut dikejutkan dengan berita kewujudan dua lagi ketumbuhan yang telah wujud di dalam otaknya.

Sumber : DailyMail.co.uk
Olahan : Izzat Ridzwan