Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah melancarkan koleksi pakaian sempena sambutan Aidilfitri 2017 di bawah label Creacion by Siti Nurhaliza.

Koleksi itu merupakan keluaran kedua selepas tiga tahun label itu beroperasi.

Menurut Siti, koleksi Creacion Anugerah Aidilfitri 2017 menampilkan 40 rekaan dari The Nostalgia Series dan 15 rekaan dari The Premium Series.

"Tema nostalgia diangkat dengan mengilhamkan gaya bintang legenda Saloma dan diterjemahkan dalam koleksi kali ini yang lebih moden namun kekal dengan potongan klasik," katanya yang ditemui siang tadi.

Dalam pertunjukan fesyen Creacion Anugerah Aidilfitri 2017, cetakan eksklusif inspirasi floral diketengahkan selain permainan siluet glamor untuk koleksi premium.




The Nostalgia Series dijual dengan harga RM189 hingga RM300 manakala The Premium Series akan mula dijual pada harga bermula RM500.

Creacion by Siti Nurhaliza juga diperluaskan dengan membuka tiga cawangan baharu di Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru selain butik terkini di Jakel Mall, Kuala Lumpur.





Teks oleh: Amri Hassan