Penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah yang dimasukkan ke hospital selepas mengadu penat kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar.

Menurut anaknya, Siti Sarah, ayahnya dimasukkan ke Hospital UiTM di Sungai Buloh, Selangor semalam selepas disyaki mengalami masalah jantung.

Raisuddin jelas Siti Sarah, ditempatkan di wad semalaman sebelum dibenarkan keluar hari ini.

"Alhamdulillah selepas melakukan pemeriksaan yang rapi, keadaan ayah semuanya okey. Syukur pada Allah kerana tidak ada perkara yang membimbangkan," kata Siti Sarah

Raisuddin, 62, kini sedang berehat di rumah, namun doktor menasihatkan beliau agar sentiasa melakukan pemeriksaan secara rutin selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sumber: Utusan Online