Penyanyi rap yang juga merupakan bekas anggota Running Man, Gary telah memadamkan semua foto-foto di akaun Instagramnya semalam.

Tindakan Gary itu telah menimbulkan tanda tanya dikalangan peminatnya di seluruh dunia.

Tidak kurang juga ada yang bimbang Gary tertekan kerana teruk dikritik netizen selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan mengejutnya pada 5 April lalu.

Sikap pelik Gary juga menjadi persoalan peminat apabila anggota Running Man mendedahkan penyanyi berusia 39 tahun tersebut tidak dapat dihubungi dan menukar nombor telefonnya tanpa pengetahuan mereka.

Selain itu pembatalan konsert solo pertama Gary di Malaysia juga turut membuatkan peminat berasa tidak senang hati dengan perkara tersebut.

Berikut merupakan komen-komen peminat:












Teks oleh: Mya Amri