Selepas kejayaan buku '99 Kata Fattah Amin', pelakon dan penyanyi itu melancarkan novel pula.

Novet berjudul 'Wanita Terakhir' itu telah dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Sabtu lalu.

Novel tulisan novelis Ezza Mysara itu adalah terjemahan Fattah berdasarkan lagu Wanita Terakhir hasil gubahan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan.

Fattah berkata, walaupun novel tersebut ditulis orang lain namun cerita yang dipaparkan merupakan cetusan ideanya sendiri hasil perbincangan dengan penerbit dan pencipta lagu Wanita Terakhir.

"Mungkin orang akan tertanya-tanya apa fungsi saya dalam menghasilkan novel ini? Novel itu mempunyai judul sama dengan lagu saya.

"Lagu itu sendiri yang menjadi rujukan ketika karya ini dihasilkan," katanya.

Sumber: Metro Ahad