Seorang gadis dari Yakutsk, Rusia bernama Angelica Protodyakonova, 20, membuktikan solekan hodoh pun boleh popular.

Bermula selepas mencukur sebahagian daripada keningnya sebelum melukis semula menggunakan pensel solek, Angelica tidak menyangka tindakannya itu mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambar-gambar di Instagramnya.

Pada awalnya, Angelica cuma melukis semula keningnya sedikit lebar berbanding kening asal.

Lama-kelamaan dia melukis keningnya lebih lebar hingga kini hampir menutup sebahagian daripada dahinya.

"Mula-mulanya saya malu namun apabila menyedari kesan kening lebar memberikan hasil luar biasa saya memilih untuk meneruskannya," katanya.

Kini pengikutnya sudah melebihi 60,000 dan setiap gambar yang dimuat naik mendapat sekurang-kurangnya 3,000 likes.

Angelica turut memuat naik video demonstrasi solekan kening lebarnya di Instagram.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @anzhelika_protodiakonova