Sekolah-sekolah di China kini telah membenarkan ibu bapa kepada pelajar untuk memantau anak-anak mereka secara 'live streaming'.

Dengan adanya kemudahan sebegitu, ibu bapa yang berada di pejabat atau di rumah dapat menyaksikan segala kegiatan anak-anak dan guru ketika mereka berada di sekolah.

Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang tidak percaya kepada anak mereka dan tidak berpuas hati dengan teknik pengajaran yang dilakukan oleh guru.

Perkara tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada di antara mereka yang menyokong dengan tindakan pihak sekolah itu dan terdapat juga ibu bapa yang menganggap ianya seperti mengganggu fokus murid-murid.

Menurut seorang peguam di Shanghai yang dikenali sebagai Zhou Ming, berpendapat bahawa dengan mendedahkan keadaan anak-anak di sekolah kepada umum, keselamatan mereka akan terancam.

Malah terdapat di beberapa buah sekolah yang membenarkan orang awam untuk menonton pergerakan murid ketika berada di kantin, koridor, dorm dan keseluruhan kawasan sekolah.

Walaubagaimanapun, pihak sekolah dan guru masih boleh memutuskan sama ada mahu memberi kebenaran atau tidak kepada orang awam untuk menonton kegiatan murid-murid di sekolah secara 'live streaming'.

Sumber : NextShark.com
Olahan : Izzat Ridzwan