Pelakon, Juliana Evans telah selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, di Shah Alam, 30 April lalu.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans selamat diijab kabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd. Rasid Mahful.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Juliana bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Disini, portal Astro Gempak kongsikan foto sepanjang majlis pernikahannya ihsan daripada Instagram Juliana: