Pelakon drama bersiri Cik Serba Tahu, Remy Ishak selamat bertunang dengan wanita pilihan hatinya, seorang ahli perniagaan bernama Ezza Yusof semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Remy mengesahkan perkara tersebut menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Difahamkan majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis pertunangan tersebut, Ezza kelihatan anggun menggayakan busana rona ungu muda manakala Remy yang turut hadir mengenakan kemeja berwarna biru gelap.

Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram @ridzuan_ramli_82