Anggota kumpulan April, Chaewon sanggup melakukan senaman lompat tali sebanyak 8000 kali sehari untuk menurunkan berat badannya secara mendadak.

Perkara itu didedahkan oleh Chaewon menerusi program Mnet, A-IF-RiL baru-baru ini.

Menurut Chaewon, senaman itu berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak dua kilogram dalam tempoh dua hari.

“Tidak lama lagi musim panas akan tiba. Ini bermakna saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan dan sudah semestinya diet,” ujarnya.

Bagaimanapun, Chaewon tidak menggalakkan cara itu menjadi ikutan para peminatnya.

“Senaman dan diet dengan cara yang ekstrem tidak digalakkan kerana tidak bagus untuk tubuh dan boleh menjejaskan kesihatan,” ujarnya.

Sumber: Allkpop