Karnival Geng Masjid (KGM) yang dikenali sebagai satu medium moden mengimarahkan masjid kini keluar dari zon selesa mereka.

Menyingkap kembali setahun penganjuran mereka di negeri Selangor, jumlah pengunjung yang hadir mencecah 60,000 pengunjung.

Menerusi karnival yang menghimpunkan selebriti dan penceramah selama tiga hari tiga malam dengan pelbagai pengisian ilmiah, KGM telah memilih kawasan di luar Lembah Klang iaitu Bandar Baru Nilai untuk jelajah kelapan mereka.

Siri kelapan KGM berlangsung di Masjid Datuk Klana Petra yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Putra Nilai telah menjadi tuan rumah bermula hari ini, 28 April sehingga 30 April 2017.

Kali ini, KGM telah memilih tema Ramadan Yang Dirindukan sempena mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.

Kelainan pengisian siri kali ini ialah dengan penambahan aktiviti untuk menarik lagi pengunjung dari pelbagai sudut.



Antara jemputan selebriti dan penceramah lain yang terlibat ialah Imam Muda Fakhrul, Imam Muda Faris, Imam Muda Fattah, Pencetus Ummah Rahmat, Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre, Aiman Sabri, Chef Ammar, Heliza Helmi, Encik Mimpi, Imam Muda Nazrul, Shahrol Shiro, Atu Zero dan Lan Kristal.

Selain itu, Ustaz Abdul Karim Al Makki, Ustaz Dini, Kumpulan Raihan, Ammar Hamdan, Bahiyya Haneesa, Halim Devotees, Dai Syed, DJ Luq, Hazwani Helmi, Imam Muda Aran, Imam Muda Asyraf, Ustaz Ikmal Zaidi dan ramai lagi turut bakal memeriahkan KGM.

Untuk sebarang informasi lanjut mengenai KGM, layari laman Facebook Karnival Geng Masjid.