Video pelakon Hairul Azreen berebut trofi Anugerah MeleTOP ERA (AME2017) bersama anaknya, Yusuf Iskandar kini mencecah satu juta tontonan.

Walaupun tidak dapat hadir pada malam AME2017, Hairul telah memuat naik video tersebut di akaun Instagram (IG) anaknya sebagai tanda terima kepada peminat yang mengundi.

Yusuf Iskandar telah dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Si Cilik MeleTop.

Gelagat Yusuf menangis ketika trofinya ‘dirampas’ oleh Hairul yang juga merupakan suami kepada aktres Hanis Zalikha itu cukup mencuit hati pengikut IGnya.

Dimuat naik tiga hari yang lalu, video beserta hashtag #AME2017 #SiCilikMeletop telah menerima lebih lapan ribu komen.

Rata-ratanya memuji kecomelan dan juga mimik wajah Yusuf ketika diusik oleh bapanya itu.

Anugerah MeleTOP ERA 2016 dihoskan oleh Johan, Nabil Ahmad dan Neelofa bersiaran secara langsung pada Ahad lalu di Stadium Melawati, Shah Alam menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123) bermula jam 9.00 malam.

Teks oleh: Mya Amri

? ❤️ ? #AME2017 #SiCilikMeletop

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on