Pelakon Azrel Ismail menyangkal dakwaan menimbulkan masalah kepada drama bersiri Yes Sir Nak Pergi Mana sehingga pihak produksi memfailkan tuntutan saman RM1.5 juta kerana melanggar kontrak.
Azrel, 33, menjelaskan tindakan pihak produksi yang sering menukar kru dan lokasi menjadi penyebab penggambaran tidak mengikut jadual sehingga mengambil masa panjang untuk dihabiskan.
"Dakwaan itu tidak benar kerana sejak awal saya sudah beritahu pihak produksi mengenai jadual dan saya ada komitmen lain.
"Malah saya ada bukti (dalam bentuk) hitam putih mengenai perkara itu dan mereka tetap bersetuju mengambil saya berlakon.
"Sebaliknya apa yang berlaku adalah mereka kerap menukar kru dan lokasi sehingga menyebabkan penggambaran bertukar menjadi kucar-kacir dan gagal disiapkan tepat pada waktunya," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu bayaran yang dibangkitkan, Azrel berkata, dia bukan mendesak untuk mendapatkan wang itu sebaliknya hanya sekadar bertanya bilakah pihaknya akan memperoleh bayaran dijanjikan.
Malah kata Azrel dia sedar kontrak yang menyebut bayaran kedua hanya akan dibuat selepas siap 15 episod drama itu namun dengan keadaan penggambaran yang kucar-kacir membuatkan semua pelakon dan kru bimbang tidak akan memperoleh wang seperti dijanjikan.
"Jika diikutkan 13 episod yang dikatakan sudah siap, ia tidak benar pun malah ada beberapa episod awal masih belum lengkap akibat sering tukar lokasi dan jadual.
"Saya bukan minta wang tetapi bertanya kerana sudah dua bulan penggambaran berlangsung dan hendak tunggu sampai bila kesemua 15 episod siap?" soalnya.
Ditanya mengenai tuntutan saman RM1.5 juta, Azrel bagaimanapun enggan mengulas kerana masih belum menerima notis saman yang dihantar kepadanya.
Mengenai kesediaan pihak produksi ingin bertemu mengenai kemelut itu, Azrel berkata dia perlu berbincang dengan pelakon dan krew lain mengenainya.
"Sebelum ini saya ada minta untuk berbincang tetapi mereka tidak mahu tetapi saya akan berbincang dengan semua kru dan pelakon mengenai perkara itu.
"Berhubung tuntutan saman saya tiada komen kerana masih belum dapat apa-apa surat mengenainya," ujar Azrel.
Terdahulu, Syarikat produksi JNI Creative Sdn Bhd dalam satu sidang media pada Khamis, mengeluarkan notis tuntutan berjumlah RM1.5 juta terhadap Azrel dan aktres Risteena Munim atas dakwaan melanggar kontrak.
Dia didakwa menjadi punca penggambaran drama tersebut menjadi kucar-kacir ekoran sikapnya yang sering menukar jadual kerana terikat dengan projek berbeza.
Tuntutan itu dibuat selepas Azrel bersama beberapa pelakon dan kru produksi drama itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat sini pada 17 April lalu selepas mendakwa pihak produksi itu gagal melunaskan bayaran kedua sebanyak 20 peratus.
Sumber: mStar Online
Mya Amri
Fri Apr 28 2017
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.