Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Ali Puteh akui mampu untuk bersaing dengan kumpulan pelawak seperti Bocey, Shiro, Dzawin dan Zero untuk melayakkan diri ke peringkat akhir MLM 2017.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata, mereka akan memastikan kumpulan Puteh menjejakkan kaki ke peringkat akhir meskipun digelar sebagai kumpulan underdog.

"Situasi yang kami lalui sekarang ini sama seperti tahun lepas dan yang membezakannya adalah para peserta.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk persembahan pada minggu ini kerana peluang yang datang tidak harus dipersiakan.

"Tidak ada istilah mengalah bagi kami meskipun bersaing dengan nama yang besar dan kami akan berikan lebih lagi daripada sebelum ini supaya dapat memberi saingan kepada mereka.

"Namun kami percaya pada rezeki dan jika berjaya ke peringkat akhir itu pun sudah memadai bagi kami," katanya kepada Astro Gempak.

Kini hanya tinggal lima lagi peserta yang akan berentap di minggu separuh akhir bertemakan ‘Duit dan Parodi’.

Antara Shiro, Bocey, Zero, Puteh dan Dzawin, siapa lanun lawak kegemaran anda yang bakal menempatkan diri di pentas akhir MLM 2017 sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM500,000?

Teruskan mengundi lanun lawak anda dengan menghantarkan SMS ke 32777. [[Contoh: taip ML20 Puteh dan hantar]].

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum bermula rancangan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi