Pelakon Bella Dally akui tidak tertekan apabila sering diaju soalan mengenai cahaya mata.

Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally, 26, berkata perkahwinan mereka masih diperingkat awal dan hanya menyerahkan soal rezeki untuk menimang anak kepada Allah.

"Terus-terang buat masa ini saya tidak rasa tertekan kerana usia perkahwinan kami pun baharu tujuh bulan.

"Apabila ramai yang bertanya, saya anggap ia sebagai doa serta keprihatinan peminat buat saya dan Nazim.

"Kami pun tidak mempunyai sebarang perancangan, sebaliknya hanya menyerah hal itu kepada-Nya," katanya kepada Astro Gempak.

Bella ditemui selepas pelancaran Ariani Luxe yang berlangsung di Jakel Mall, semalam.

Pun begitu, Bella memberitahu dia juga sering dianggap sudah hamil apabila mengenakan baju yang nampak kembung di bahagian perut.

"Ada juga yang menganggap saya sudah hamil selepas terlihat baju yang saya gayakan nampak kembung pada bahagian perut," katanya.

Bella dan Nazim mendirikan rumah tangga pada 10 September tahun lalu.