Anak tiri penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pelakon Izara Aishah tahun ini.

Adib yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studio itu bagaimanapun belum bersedia berkongsi tarikh dan butiran majlis perkahwinan mereka.

"Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.

"Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua," katanya.

Desas-desus mengenai perkahwinan Adib dan Izara mulai diperkatakan awal tahun ini.

Namun, Izara tidak mahu memberikan sebarang kepastian mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka.

Sumber: Harian Metro