Seorang pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Temerloh, Pahang atas dakwaan membunuh rakan sekerja dalam kejadian yang didakwa berpunca kerana mangsa masak tidak sedap.
Mohamad Rosli Naqur Gani, 35, yang berasal dari Perak dengan tenang menyatakan dia faham akan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Najwa Hashim.
Tertuduh didakwa membunuh R Devadas, 60, antara 1.50 hingga 11.20 pagi, 17 April lalu di rumah tidak bernombor di Estet Chuan Leng Rubber Estate, Belengu Halt, Mentakab.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Najwa menetapkan 1 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan laporan kimia dan laporan perubatan.
Pada 17 April lalu, media melaporkan seorang pekerja ladang, maut dibunuh rakan serumahnya selepas suspek menegur mangsa yang dikatakan memasak secara tidak bersih dan tidak sedap.
Teguran itu didakwa menyebabkan mangsa tidak berpuas hati.
Sewaktu perselisihan berlaku, mangsa telah ditendang, ditumbuk dan dipukul dengan menggunakan kayu serta parang sebelum mayatnya ditemui tertiarap di hadapan pintu bilik rumah itu.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Thu Apr 27 2017
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.