Pelakon dan juga anggota Running Man, Song Ji Hyo berharap Gary kembali menghubungi mereka selepas menukar nombor telefonnya.

"Memang saya agak sedih apabila mendapat tahu mengenai perkahwinan Gary menerusi berita yang disiarkan.

"Saya berharap Gary menjalani kehidupan yang gembira dan saya mendoakan kebahagiaan perkahwinan mereka.

"Gary juga telah menukar nombor telefonnya dan saya harap dia akan menghubungi kami nanti," katanya.

Song Ji Hyo berkata demikian ketika sesi temubual santai pada konsert Running Man 2017 Live in Malaysia bertempat di The Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ji Suk Jin menjelaskan Gary telah menukar nombor telefonnya sejak dua bulan lalu dan mereka menghormati keputusannya itu.

Mengulas mengenai perkahwinan mengejut Gary, HaHa memberitahu dia cuba menghubungi bekas anggota Running Man itu namun gagal.

"Sebenarnya saya cuba menghubunginya untuk mengucapkan tahniah namun tiada balasan.

"Saya pasti dia akan mencari jalan untuk menghubungi kami kembali," jelasnya ringkas.

Topik itu kemudiannya diubah oleh Running Man dengan menyebut "Kami sayangkan Gary" sambil ketawa.

Terdahulu, Gary telah mengejutkan peminat diseluruh dunia dengan berita mengenai perkahwinannya pada 5 April lalu.

Teks oleh: Mya Amri