Trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) dilabelkan sebagai puaka oleh orang ramai apabila piala tersebut telah menyebabkan penerimanya teringkir daripada pentas Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Jika dilihat daripada pemenang yang menerima GMOTM, kebanyakan mereka telah tersingkir daripada MLM 2017.

Malah ada juga antara penerima GMOTM disingkirkan pada minggu yang sama selepas menerima trofi tersebut.

Terdapat juga dua kumpulan yang menerima trofi tersebut telah disingkirkan pada minggu yang sama MLM 2017.

Mereka adalah Ropie daripada kumpulan Nice yang tersingkir pada minggu kelapan dan Jiggy daripada kumpulan Masin di minggu ke sepuluh.

Antara mereka yang masih bertahan di MLM 2017 setelah mendapat GMOTM ialah Shahrol, Syaiful dan Dzawin.

Adakah trofi tersebut benar-benar berpuaka?

Sama-sama kita nantikan Jumaat ini.

Kini hanya tinggal lima lagi peserta yang akan berentap di minggu separuh akhir bertemakan ‘Duit dan Parodi’.

Antara Shiro, Bocey, Zero, Puteh dan Dzawin, siapa lanun lawak kegemaran anda yang bakal menempatkan diri di pentas akhir MLM 2017 sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM500,000?

Teruskan mengundi lanun lawak anda dengan menghantarkan SMS ke 32777. [[Contoh: taip ML20 Shiro dan hantar]].

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum bermula rancangan.

Antara mereka yang pernah menerima trofi GMOTM pada setiap minggu:

1) Mad Sabah

2) Dzawin

3) Syaiful Zero

4) Shahrol Shiro

5) Tauke

6) Rahim

7) Achong

8) Ropie

9) Vicha

10) Jiggy

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi