Penyanyi popular Rihanna dikritik peminat di gara-gara memuat naik beberapa keping gambar seksi Ratu Elizabeth di laman Instagram miliknya.

Menerusi laporan Aceshowbiz, Rihanna menerima kecaman kerana tindakannya itu dianggap biadap dan tidak menghormati wanita terhormat British itu.

"Foto tersebut merupakan suntingan semula dilakukan oleh Rihanna sebelum berkongsi di akaun sosial media miliknya.

"Peminat mengecam tindakannya kerana tidak menghormati Ratu Elizabeth.

"Meskipun tujuan Rihanna berkongsi foto-foto tersebut untuk memberikan ucapan selamat ulang tahun ke-91 kepada Ratu Elizabeth yang disambut pada 21 April lalu namun ia tetap dianggap biadap," kata sumber.

Setakat ini pihak pengurusan Rihanna masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan menganai isu tersebut dan foto-foto itu juga masih tidak dipadamkan.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi