Anggota kumpulan Masin, Vicha akui tidak sedih apabila tersingkir di minggu ke sepuluh Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) Jumaat lalu.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 29, berkata, penyingkiran Masin pada minggu bertemakan 'Kisah Seram Berloghat & Viral' merupakan satu kejaayan besar bagi mereka.

"Sebenarnya kami tidak sedih apabila disingkirkan pada minggu ini kerana itu merupakan satu kejayaan terbaik bagi Masin sebagai kumpulan baru.

"Jadi kenapa kami harus bersedih, ini merupakan percubaan yang baik untuk kami.

"Cuma saya rasa saya akan merindui momen-momen kami ketika mencari bahan lawak.

"Selepas ini tidak adalah pertemuan setiap minggu dan bergaduh ketika bertukar-tukar pendapat untuk mencari idea yang terbaik.

"Kami redha dengan keputusan ini dan ternyata cubaan kumpulan yang mengabungkan tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura menjadi," katanya kepada Astro Gempak.

Vicha ditemui ketika majlis sidang media minggu kesembilan MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil Nawawi dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi