Seorang jurusolek dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 100 pembedahan plastik untuk menjadi makhluk asing.

Vinny Ohh, juga sanggup berhabis AS$50,000 (RM223,000) untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Ohh juga merancang untuk menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Dia juga selesa mengenakan kanta lekap berwarna hitam, yang didakwa menonjolkan lagi identiti 'makhluk asing' seperti yang diingininya.

Portal Toronto Sun melaporkan, Ohh yang berusia 22 tahun mula menjalani pembedahan ketika berusia 17 tahun.

"Saya mahu jadi makhluk asing yang tidak berjantina," kata Ohh kepada portal berkenaan.

Ditanya apa yang membuatkan dia tekad berbuat demikian, Ohh memberitahu, ia bermula kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, selain enggan menjadi mangsa jangkaan luar biasa yang biasa ditetapkan dalam masyarakat.

Ohh bakal menjadi sebahagian daripada rancangan The Plastics of Hollywood, yang akan mengetengahkan bakat-bakat mereka yang obses dengan pembedahan plastik.

Sumber: Astro Awani