Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho berjanji akan menjaga dirinya sewaktu menjalani latihan khidmat ketenteraan tidak lama lagi.

"Latihan ketenteraan merupakan satu cabaran besar untuk diri saya.

"Sejujurnya saya dapat merasai kesedihan dan juga sokongan peminat terhadap perkara ini. Saya faham perasaan mereka bercampur-baur.

"Tapi demi peminat, saya berjanji akan menjaga diri dengan baik. Selepas tamat latihan, saya juga akan kembali dengan projek baru yang hebat untuk mengubati kerinduan mereka," ujarnya.

Lee Min Ho akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada negara pada 12 Mei depan di Gangnam.

Terdahulu, spekulasi mengatakan Lee Min Ho bakal memasuki latihan ketenteraan pada Mac atau April tahun ini namun perkara itu dinafikan oleh syarikat pengurusannya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi