Krisis rumah tangga pelakon Serina Redzuawan terus mendapat perhatian umum.

Bapa Serina, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tampil memberikan kenyataan menerusi laman Instagram miliknya berkenaan dengan krisis rumah tangga Serina.

Suami Serina, Gavin Edward O'Luanaigh juga turut sama memberikan kenyataan.

Miss K rasa, buat masa ini biarlah mereka sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kita hanya boleh mendoakan yang terbaik.

Apa yang menarik perhatian Miss K adalah satu komen yang ditinggalkan oleh Chef Wan di laman Instagram miliknya sendiri berkenaan dengan hubungannya bersama Chef Riz.

Berikut merupakan komen Chef Wan:



"You can even ask my ex daughter in law, Shikin Maembong apabila my son menzalimi my menantu. Saya maki hamun beliau and almost went to the house to belasah beliau.

"Sampai hari ini dah sampai setahun I have not spoken to my son. Tetapi saya tetap menjaga hati menantu saya mahu pun cucu-cucu saya.

"Saya sanggup buang anak saya dari melihat dia dizalimi. I have no respect for man who mistreated their wife biar pun anak lelaki saya sendiri," tulis Chef Wan.

Jadi, maknanya, hampir setahun ke Chef Wan dan Chef Riz tidak bertegur? Alamak. Miss K pun tak tahu nak komen apa, semoga apa yang berlaku ini segera selesai dan menjadi pengajaran buat semua.

Miss K: Tak sabar nak tengok Maharaja Lawak Mega 2017 pusingan suku akhir malam ini di Astro Warna dan Astro Mustika HD.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!