Pelawak kelahiran program realiti Lawak Solo, Fikry akui ingin cuba menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Menurut Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ibrahim, 23, tidak mahu kerjayanya hanya terhad kepada satu bidang saja.

“Tak salah rasanya jika saya nak cuba perkara baru, lagipun kalau boleh tak mahulah kerjaya saya hanya terhad kepada satu bidang saja.

Tidak dinafikan setakat ini saya ada terima tawaran untuk berlakon dan saya akui memang selesa dengan melawak.

“Tapi bila dah ada tawaran, mustahilah saya nak tolak rezeki. Kalau tidak cuba mana kita nak tahu ada bakat ke tidak,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017), Fikry memberitahu seronok meliha rakan-rakannya bersaing di pentas berkenaan.

“Keinginan untuk sertai MLM2017 itu memang ada cuma saya rasa belum sampai masanya lagi, lagipun itu sebuah pentas yang besar.

“Saya kena betul-betul bersedia barulah keyakinan itu datang mana tahu saya boleh tuntut ilmu dengan rakan-rakan yang dah sertai MLM. Tak apa lambat, saya percaya pada rezeki,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fikry merupakan pengacara Gema Gegar Vaganza (GGV) bersama Siti Nordiana dan Achey.

Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.

GGV bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Mya Amri