Masalah jenayah yang kerap berlaku di negara ini merupakan salah satu perkara yang harus dipandang serius khususnya golongan wanita.

Disebabkan fizikal mereka yang dikatakan lemah berbanding lelaki, kaum wanita sering dijadikan sasaran oleh penjenayah.

Oleh itu, kesedaran yang tinggi dan inisiatif seperti mempelajari teknik mempertahankan diri adalah amat penting.

Berikut adalah tiga teknik asas mempertahankan diri yang dikongsi oleh John Aldcroft, yang merupakan pesara tentera British:


1. Pukulan Ke Hidung

Wanita disarankan tidak menggunakan penumbuk untuk menyerang. Gunakan bahagian bawah tapak tangan yang lebih keras dan hentakkan bahagian tersebut tepat pada bahagian hidung atau tekak penyerang. Ini kerana hidung dan tekak adalah bahagian yang paling sensitif. Penyerang akan mengalami kesakitan sehingga menyebabkan mereka berdarah.


2. Hentakan Ke Belakang

Tips ini adalah untuk menghilangkan kestabilan pengganas. Jika anda dominan kaki kanan, posisikan kaki kiri anda di depan dan kaki kiri menampung berat badan. Kemudian sasarkan bahagian sulit penyerang sekiranya mereka adalah lelaki. Bahagaian sensitif ini boleh melumpuhkan sebentar penyerang dan membolehkan anda melarikan diri. Jika dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan penyerang mengalami renjatan, hilang keupayaan mengawal diri, susah hendak bernafas, pening, muntah atau mungkin juga boleh pitam.


3. Melepaskan Diri Dari Pelukan Belakang

Kebanyakan mangsa wanita sering mengalami gangguan seksual. Jika ada seseorang ingin memeluk anda dari belakang badan, lipatkan tangannya lalu pegang tangan penyerang dan pusingkan badan dengan cepat. Ini akan menyebabkan mereka hilang imbangan. Jika penyerang memeluk leher anda, gunakan siku di bahagian yang bebas untuk menyiku dengan kuat perut penyerang.

Selain dari tiga teknik asas ini, perkara lain yang perlu diambil kira oleh anda adalah elakkan berada di tempat yang sunyi dan berseorangan. Sering peka dengan keadaan sekeliling dan jangan berpakaian menjolok mata kerana itu akan menarik perhatian penjenayah.

Sumber : Iluminasi.com
Kredit foto : Iluminasi, Blog.infighting.ca
Olahan : Izzat Ridzwan